Laras Teknikal
1. Laras teknikal digunakan oleh para pakar untuk
berkomunikasi dengan pakar lain yang sebidang.
2. Laras teknikal bermakna semua jenis teks di
dalam semua jenis bidang kepakaran sama ada
bidang sains tulen, teknologi, sains pengurusan
dan lain-lain bidang kepakaran.
Laras Undang-undang
1. Laras undang-undang ialah sejenis laras teknikal.
2. Laras undang-undang mempunyai ciri-ciri kelainannya
tersendiri iaitu tidak mengandungi gambar, jadual,
simbol dan sebagainya serta struktur ayatnya
terdiri daripada prinsip undang-undang diikuti oleh
syarat-syarat dan diakhiri oleh keputusan undang-
undang.
Laras Agama
1. Laras agama bererti apa-apa teks yang diungkapkan
menggunakan laras agama.
2. Ciri-ciri istimewa laras agama ialah:
a. Terdapat istilah agama yang khusus bagi sesuatu
agama.
b. Banyak mengandungi bentuk cerita, kias dan ibarat.
Laras Kreatif
1. Laras kreatif digunakan di dalam teks kreatif bentuk prosa,
puisi, pepatah dan peribahasa.
2. Ciri-ciri laras kreatif moden ialah:
a. Struktur aktif dan pasif digunakan dengan sama
banyaknya di dalam teks prosa.
b. Terdapat bentuk dialog dengan banyaknya.
c. Mengandungi bunga bahasa.
Laras Kanak-kanak
1. Laras kanak-kanak ialah ragam yang dituturkan oleh
kanak-kanak dan laras yang digunakan untuk
menghasilkan bahan bacaan atau pendengaran
kanak-kanak.
2. Bahan bacaan seperti buku dan majalah untuk
kanak-kanak, serta siaran radio dan televisyen
untuk mereka menggunakan laras ini.
Laras Iklan
1. Laras iklan terdapat di dalam bentuk lisan dan tulisan.
2. Media iklan ialah bunyi, bahan cetak dan pita filem.
3. Fungsi utama laras iklan adalah untuk memperkenalkan
dan menjual objek yang diiklankan.
skip to main |
skip to sidebar
ANGGUN BICARA UNGGUL BAHASA
Rabu, 9 November 2011
TAK SUKA pause JER
-Masa Itu Penting-

Mari Sembang
Tentang Saya
Popular Posts
-
Hai, murid-murid. Dalam gambar di atas terdapat lima benda yang tersembunyi iaitu: 1. Pensel 2. Pasu bunga 3. Gelas 4. Buah manggis 5. Bola...
-
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tarikh : 01.08.2011 Tahun ...
-
Laras Teknikal 1. Laras teknikal digunakan oleh para pakar untuk berkomunikasi dengan pakar lain yang sebidang. 2. Laras teknikal be...
-
........................ itu sedang merawat pesakit. ? Kerani ? Doktor ? Petani ? Guru Di dalam almari it...
-
Kata nama am View more presentations from suzighani .
-
Latihan 1 Bina ayat berdasarkan gambar yang diberi. 1. _________________________________________________ ___________________...
-
Kalau Tuan pergi ke kedai Belikan saya sebungkus kanji Kalau tuan bijak pandai Apa binatang keris di kaki? _____________________ ...
-
Buku, Itulah panggilan untukmu, Dalam tubuhmu tersimpan banyak khazanah, Dalam badanmu jua terkandung banyak azimat, Kau menjadi ruj...
-
Latihan 1 Suaikan kata nama am dengan gambar yang betul. 1. bunga ...
-
View more presentations from suzzeghani .
Pengikut Yang Setia
Dikuasakan oleh Blogger.