Rabu, 9 November 2011

LARAS-LARAS BAHASA

Laras Teknikal

1. Laras teknikal digunakan oleh para pakar untuk
    berkomunikasi dengan pakar lain yang sebidang.
2. Laras teknikal bermakna semua jenis teks di
    dalam semua jenis bidang kepakaran sama ada
    bidang sains tulen, teknologi, sains pengurusan
    dan lain-lain bidang kepakaran.

Laras Undang-undang

1. Laras undang-undang ialah sejenis laras teknikal.
2. Laras undang-undang mempunyai ciri-ciri kelainannya
    tersendiri iaitu tidak mengandungi gambar, jadual,
    simbol dan sebagainya serta struktur ayatnya
    terdiri daripada prinsip undang-undang diikuti oleh
    syarat-syarat dan diakhiri oleh keputusan undang-
    undang.

Laras Agama

1. Laras agama bererti apa-apa teks yang diungkapkan
    menggunakan laras agama.
2. Ciri-ciri istimewa laras agama ialah:
    a. Terdapat istilah agama yang khusus bagi sesuatu
        agama.
    b. Banyak mengandungi bentuk cerita, kias dan ibarat.

Laras Kreatif

1. Laras kreatif digunakan di dalam teks kreatif bentuk prosa,
    puisi, pepatah dan peribahasa.
2. Ciri-ciri laras kreatif moden ialah:
    a. Struktur aktif dan pasif digunakan dengan sama
        banyaknya di dalam teks prosa.
    b. Terdapat bentuk dialog dengan banyaknya.
    c. Mengandungi bunga bahasa.

Laras Kanak-kanak

1. Laras kanak-kanak ialah ragam yang dituturkan oleh
    kanak-kanak dan laras yang digunakan untuk
    menghasilkan bahan bacaan atau pendengaran
    kanak-kanak.
2. Bahan bacaan seperti buku dan majalah untuk
    kanak-kanak, serta siaran radio dan televisyen
    untuk mereka menggunakan laras ini.

Laras Iklan

1. Laras iklan terdapat di dalam bentuk lisan dan tulisan.
2. Media iklan ialah bunyi, bahan cetak dan pita filem.
3. Fungsi utama laras iklan adalah untuk memperkenalkan
    dan menjual objek yang diiklankan.

0 comments:

Catat Ulasan