Khamis, 27 Oktober 2011

Kata Sendi Nama "Ke"



1. Kata sendi nama ke digunakan khusus di hadapan kata nama
    atau frasa nama yang menunjukkan tempat,arah atau masa.
2. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata
    nama atau frasa nama yang mengikutinya.
3. Contoh Ayat :
        a.    Adik pergi  ke  kedai.
        b.    Kenderaan-kenderaan itu menghala ke selatan.
        c.    Pegawai-pegawai itu mengadakan pemeriksaan dari
               semasa ke semasa.


Perlu Diingat:


Kata sendi nama  ke  tidak boleh digunakan di hadapan kata nama
atau frasa nama yang menerangkan manusia atau biantang.


Contoh dalam ayat :




a.    Berita itu hanya  sampai  kepada polis. (Betul)
       Berita itu hanya  sampai ke polis. (Salah)      
                                    
b    Tolong berikan surat ini  kepada Siti. (Betul)
       Tolong berikan surat ini  ke Siti. (Salah)                     
                                           
c.   Sisa makanan itu diberikan  kepada kucing.(Betul)  
       Sisa makanan itu diberikan ke kucing. (Salah)


                                                       

Selasa, 11 Oktober 2011

MARI BERPANTUN



1. Pantun merupakan suatu ungkapan puisi Melayu yang disukai ramai.
2. Sejak kecil lagi anak-anak kita kerap didendangkan lagu-lagu
     yang menggunakan pantun sebagai seni katanya.
3. Pantun menjadi popular bukan sahaja kerana unsur keindahan
     bahasanya, malahan memainkan peranan sebagai wahana
     pemikiran bernas dan perasaan yang halus.
4. Antara pantun yang kekal di sepanjang zaman ialah :-


                Pisang emas dibawa belayar,
                    Masak sebiji di atas peti,
                Hutang emas boleh dibayar,
                    Hutang budi dbawa mati.




                      Buah cempedak di luar pagar,
                          Ambil galah tolong jolokkan,
                      Saya budak baru belajar,
                           Kalau salah tolong tunjukkan.


5.  Aktiviti berpantun boleh digalakkan di sekolah rendah untuk
     meningkatkan kemahiran berbahasa dan menajamkan pemikiran.
6.  Di samping itu, berpantun boleh merapatkan kanak-kanak
     dengan tradisi budaya bangsa.