Selasa, 22 November 2011

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN - KATA NAMA AM

Mata Pelajaran                         : Bahasa Melayu
Tarikh                                      : 01.08.2011
Tahun                                      : Tiga Mawar
Bilangan Murid                       : 20 orang
Masa                                       : 8.15 pagi - 8.45 pagi
Tajuk                                       : Kata Nama Am
Fokus Utama                           :
8.0           Menggunakan pelbagai jenis ayat dan
                wacana dalam penulisan.

Aras 1
                                               i.Menulis perkataan dan pelbagai jenis
                                                 ayat berdasarkan topik yang diberikan.

Fokus Sampingan:
5.2        Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan
             sebutan dan intonasi yang betul dan
             lancar serta  memahami perkara yang dibaca.
               
Aras 1
ii.Menceritakan isi bahan yang dibaca.

Objektif   : Pada akhir pelajaran, murid dapat:-
A:  Menguasai isi kandungan pelajaran
1.        Mengenali kata nama am yang terdapat
dalam petikan.    
         
2.      Mengetahui penggunaan kata nama am
 dalam ayat.

 B:  Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir
1.        Membina kata nama am berdasarkan nama
   jenis-jenis pengangkutan dalam kumpulan.
 C: Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
   1.     Memberikan kerjasama dan menjalankan
   aktiviti secara aktif.
               2.     Menanamkan sikap yakin pada diri. 

Kemahiran Bahasa  :  Kemahiran menulis, Kemahiran membaca,
                                    Kemahiran mendengar dan
    Kemahiran bertutur.
Sistem Bahasa             :   Tatabahasa       : Kata nama am
Pengisian Kurikulum  :   Ilmu  -  Sivik
Nilai Murni             :   Berhati - hati, bekerjasama, patuh
                                    pada arahan, memberi   perhatian,      
                                    bertanggungjawab.
Kemahiran Bernilai Tambah :  Kemahiran Berfikir , Kecerdasan
                                            Pelbagai, Kemahiran Belajar Cara
                                            Belajar, Pembelajaran Inkuiri

Bahan Bantu Mengajar:  Pita rakaman, Lembaran Kerja, Petikan.
Pengetahuan Sedia Ada:  Murid mengetahui dan sudah diajar
                                           tentang kata nama am.


Masa
Isi kandungan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Nota
Aktiviti guru
Aktiviti murid
Permulaan
Set induksi
(3 minit)
Lagu ‘Bapaku Pulang dari Kota’.
Guru memperdengarkan rakaman lagu ‘Bapaku Pulang dari Kota’ dan meminta murid menyanyi bersama-sama.

Guru mengaitkan lagu dengan isi pelajaran.
Murid menyanyi bersama-sama.
Strategi
Penyoalan seluruh kelas 
Sumber pengajaran:
Pita Rakaman
Nilai: Memberi perhatian
KBT:
Kemahiran Berfikir

Menstruktur semula
a)Membaca dan mencari kata nama am dalam petikan.



 b) Bersoaljawab tentang petikan.




  
Guru memperkenalkan konsep kata nama am dan fungsi penggunaannya kepada murid.
                                       Guru menampalkan teks petikan yang bertajuk ‘Pengangkutan’ mengandungi kata nama am pada papan tulis.

Guru  meminta murid membaca petikan dan mengenal pasti kata nama am yang terdapat dalam petikan itu.


Guru memilih beberapa orang murid untuk menggarisi kata nama am yang terdapat dalam teks.


Murid mendengar penerangan guru.
       

                              
Murid mendengar arahan guru.

     
           Murid membaca dan mencari kata nama am yang terdapat dalam petikan itu.




Murid yang terpilih menggarisi kata nama am yang terdapat dalam teks.
                               
Strategi
Aktiviti Penerangan

 Sumber pengajaran:
Petikan
(Lampiran 1)
  Pen marker 

Sikap saintifik
dan nilai murni:
Penglibatan aktif.

KBT: Belajar Cara Belajar
Aplikasi idea
(14  minit)
Membina kata nama am daripada nama-nama kenderaan.
Kapal terbang
1.       epal
2.      anak
helikopter
1.      kopi
2.      roket
Kapal selam
1.        kala
2.       kapal
Kereta Kebal
1.        kabel
2.        kera
1.Guru mengedarkan kertas mahjung kepada setiap kumpulan.
2. Guru meminta murid menyenaraikan seberapa banyak kata nama am yang dapat dibina daripada nama-nama kenderaan.
3. Guru meminta wakil kumpulan menampalkan kertas mahjung pada papan hitam dan membentangkan hasil kerja masing-masing.
Setiap kumpulan hendaklah menyiapkan dengan cepat dan tepat.
Selepas 10 minit,setiap kumpulan memaparkan jawapan kumpulannya lalu membuat semakan.
Menyiapkan tugasan  yang diberi antara satu sama lain.
Menulis jawapan pada kertas mahjung yang disediakan.
     







Wakil murid memaparkan jawapan kumpulannya  dan membuat semakan bersama- sama guru.
Strategi: Aktiviti inkuiri dalam kumpulan.

Sumber Pengajaran :
Kertas mahjung ,
pen marker.

Refleksi/
Penutup
(3 minit)
 Pantun Teka-teki.




 Latihan/kerja rumah
Guru membaca pantun teka-teki dan meminta murid menjawab soalan pantun teka-teki yang berkaitan dengan kata nama am.

Guru mengedarkan lembaran kerja sebagai kerja rumah.
 Murid mendengar dan menjawab soalan pantun teka-teki yang berkaitan dengan kata nama am.




 Murid melakukan tugasan di rumah.
Strategi:
Bersoal jawab
Pantun teka-teki
(Lampiran 2)
Sumber pengajaran:
Kerja rumah (lampiran 3)

0 comments:

Catat Ulasan