Sabtu, 10 Disember 2011

Ahad, 4 Disember 2011

PERMAINAN BAHASA - MENCARI BENDA TERSEMBUNYI ( KATA NAMA AM)

Hai, murid-murid. Dalam gambar di atas terdapat lima benda
yang tersembunyi iaitu:

1. Pensel
2. Pasu bunga
3. Gelas
4. Buah manggis
5. Bola
  
Cuba murid-murid cari dan bulatkan benda-benda tersebut.
Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Khamis, 1 Disember 2011

SAJAK " BUKU DAN PENA"- MENGGARISI KATA NAMA AM DALAM SAJAK

 
Buku,
 Itulah panggilan untukmu,
 Dalam tubuhmu tersimpan banyak khazanah,
 Dalam badanmu jua terkandung banyak azimat,
 Kau menjadi rujukan,
 Setiap insan.

Pena,
Itulah gelaran untukmu,
Ada tangan yang mengukir,
Ada tangan yang mencoret,
Namunku tahu,
Kau tidak pernah jemu menari,
Mengikut gerak jari penggunamu.


                                                                                                                     
                                          


CERITA " GAGAK YANG BIJAK" - MENYEBUT DAN MENYENARAIKAN KATA NAMA AM DALAM CERITA