
1. Kata sendi nama ke digunakan khusus di hadapan kata nama
atau frasa nama yang menunjukkan tempat,arah atau masa.
2. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata
nama atau frasa nama yang mengikutinya.
3. Contoh Ayat :
a. Adik pergi ke kedai.
b. Kenderaan-kenderaan itu menghala ke selatan.
c. Pegawai-pegawai itu mengadakan pemeriksaan dari
semasa ke semasa.
Perlu Diingat:
Kata sendi nama ke tidak boleh digunakan di hadapan kata nama
atau frasa nama yang menerangkan manusia atau biantang.
Contoh dalam ayat :
a. Berita itu hanya sampai kepada polis. (Betul)
Berita itu hanya sampai ke polis. (Salah)
b Tolong berikan surat ini kepada Siti. (Betul)
Tolong berikan surat ini ke Siti. (Salah)
c. Sisa makanan itu diberikan kepada kucing.(Betul)
Sisa makanan itu diberikan ke kucing. (Salah)