Ahad, 18 Ogos 2013

Bersyukurku KepadaNya

Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat
Namun,
Banyak pula dugaan yang datang.

Kadang-kadang kita minta kebijaksanaan
Tetapi, 
Masalah pula yang bertandang.

Kadang-kadang kita minta kebahagiaan
Tetapi,
Huru-hara pula yang menjelma.

Sememangnya,
Dugaan menjadikan mental kita kuat,
Masalah menjadikan kita berfikir,
Huru-hara menjadikan kita tabah.

Justeru, semuanya ada hikmah tersembunyi.

Rabu, 28 Mac 2012

Masih Di Sini

Aku,
Masih lagi di sini,
Membilang setiap detik yang berlalu,
Menghitung setiap minit yang pergi,
Mengira setiap jam yang tidak akan kembali lagi.

Apakah aku bisa terbang tinggi,
Mencapai awan yang pasti tidak akan ku gapai,
Menggengam sebuah impian yang belum pasti dicapai,
Adakah ini kesudahannya .....

Sabtu, 10 Disember 2011

Ahad, 4 Disember 2011

PERMAINAN BAHASA - MENCARI BENDA TERSEMBUNYI ( KATA NAMA AM)

Hai, murid-murid. Dalam gambar di atas terdapat lima benda
yang tersembunyi iaitu:

1. Pensel
2. Pasu bunga
3. Gelas
4. Buah manggis
5. Bola
  
Cuba murid-murid cari dan bulatkan benda-benda tersebut.
Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Khamis, 1 Disember 2011

SAJAK " BUKU DAN PENA"- MENGGARISI KATA NAMA AM DALAM SAJAK

 
Buku,
 Itulah panggilan untukmu,
 Dalam tubuhmu tersimpan banyak khazanah,
 Dalam badanmu jua terkandung banyak azimat,
 Kau menjadi rujukan,
 Setiap insan.

Pena,
Itulah gelaran untukmu,
Ada tangan yang mengukir,
Ada tangan yang mencoret,
Namunku tahu,
Kau tidak pernah jemu menari,
Mengikut gerak jari penggunamu.


                                                                                                                     
                                          


CERITA " GAGAK YANG BIJAK" - MENYEBUT DAN MENYENARAIKAN KATA NAMA AM DALAM CERITA



Selasa, 29 November 2011

REHAT MINDA - KATA NAMA AM




    Hai, murid-murid. Cuba nyatakan kata nama am yang
    terdapat dalam kedua-dua gambar di atas.