1. Kata sendi nama ke digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat,arah atau masa. 2. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. 3. Contoh Ayat : a. Adik pergi ke kedai. b. Kenderaan-kenderaan itu menghala ke selatan. c. Pegawai-pegawai itu mengadakan pemeriksaan dari semasa ke semasa.
Perlu Diingat:
Kata sendi nama ke tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menerangkan manusia atau biantang.
Contoh dalam ayat :
a. Berita itu hanya sampai kepada polis. (Betul) Berita itu hanya sampai ke polis. (Salah) b Tolong berikan surat ini kepada Siti. (Betul) Tolong berikan surat ini ke Siti. (Salah) c. Sisa makanan itu diberikan kepada kucing.(Betul) Sisa makanan itu diberikan ke kucing. (Salah)
1. Pantun merupakan suatu ungkapan puisi Melayu yang disukai ramai. 2. Sejak kecil lagi anak-anak kita kerap didendangkan lagu-lagu yang menggunakan pantun sebagai seni katanya. 3. Pantun menjadi popular bukan sahaja kerana unsur keindahan bahasanya, malahan memainkan peranan sebagai wahana pemikiran bernas dan perasaan yang halus. 4. Antara pantun yang kekal di sepanjang zaman ialah :-
Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti, Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dbawa mati.
Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan, Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan.
5. Aktiviti berpantun boleh digalakkan di sekolah rendah untuk meningkatkan kemahiran berbahasa dan menajamkan pemikiran. 6. Di samping itu, berpantun boleh merapatkan kanak-kanak dengan tradisi budaya bangsa.