skip to main |
skip to sidebar

Latihan 1
4. monyet
1. ba + _____
ANGGUN BICARA UNGGUL BAHASA
Sabtu, 10 Disember 2011
Ahad, 4 Disember 2011
PERMAINAN BAHASA - MENCARI BENDA TERSEMBUNYI ( KATA NAMA AM)
Hai, murid-murid. Dalam gambar di atas terdapat lima benda
yang tersembunyi iaitu:
1. Pensel
2. Pasu bunga
3. Gelas
4. Buah manggis
5. Bola
Cuba murid-murid cari dan bulatkan benda-benda tersebut.
Selamat mencuba dan semoga berjaya.
Khamis, 1 Disember 2011
SAJAK " BUKU DAN PENA"- MENGGARISI KATA NAMA AM DALAM SAJAK
Buku,
Itulah panggilan untukmu,
Dalam tubuhmu tersimpan banyak khazanah,
Dalam badanmu jua terkandung banyak azimat,
Kau menjadi rujukan,
Setiap insan.
Pena,
Itulah gelaran untukmu,
Ada tangan yang mengukir,
Ada tangan yang mencoret,
Namunku tahu,
Kau tidak pernah jemu menari,
Mengikut gerak jari penggunamu.
Selasa, 29 November 2011
Sabtu, 26 November 2011
PEMBELAJARAN MELALUI VIDEO - DENGAR DAN CATAT KATA NAMA AM
Pembelajaran melalui video merupakan salah satu cara yang
amat berkesan ketika melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana murid-murid berasa seronok di
samping boleh mengukuhkan daya ingatan murid-murid.
SOALAN LATIHAN PENGAYAAN - KATA NAMA AM
Latihan 1
Bina ayat berdasarkan gambar yang diberi.
Bina ayat berdasarkan gambar yang diberi.
1. _________________________________________________
_________________________________________________
2._________________________________________________
_________________________________________________
3._________________________________________________
_________________________________________________
4. _________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
Latihan 2
Isi tempat kosong dengan kata nama am yang sesuai.
buku anjing padang bunga sungai
1. Mereka bermain bola sepak di __________.
2. Liyana memetik sekuntum ___________di halaman
rumahnya.
rumahnya.
3. Cikgu Suzi menghadiahi Min Er sebuah __________.
4. Muthusamy menemui seekor_________ yang cedera
di tepi longkang.
di tepi longkang.
5. Datuk menjala ikan di _________ yang berhampiran
dengan rumahnya.
dengan rumahnya.
SOALAN LATIHAN PEMULIHAN - KATA NAMA AM

Latihan 1
Suaikan kata nama am dengan gambar yang betul.
1. bunga
2. rumah
3. adik
4. monyet
Latihan 2
Tulis suku kata yang sesuai berdasarkan gambar
yang diberi.
si yi gu ru tik
1. ba + _____
Latihan 3
Tulis kata nama am yang betul berdasarkan gambar.
hutan arnab pasu kantin
1. _______________________
2. ______________________
3. _________________________________
4. _________________________________
Rabu, 23 November 2011
CONTOH PENGAJARAN KATA NAMA AM
Video ini memaparkan contoh kata nama am untuk
jenis-jenis kenderaan dan contoh-contoh ayat
yang menggunakan kata nama am.
Selasa, 22 November 2011
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN - KATA NAMA AM
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tarikh : 01.08.2011
Tahun : Tiga Mawar
Bilangan Murid : 20 orang
Masa : 8.15 pagi - 8.45 pagi
Tajuk : Kata Nama Am
Fokus Utama :
8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan
wacana dalam penulisan.
Aras 1
i.Menulis perkataan dan pelbagai jenis
ayat berdasarkan topik yang diberikan.
Fokus Sampingan:
5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan
sebutan dan intonasi yang betul dan
lancar serta memahami perkara yang dibaca.
Aras 1
ii.Menceritakan isi bahan yang dibaca.
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat:-
A: Menguasai isi kandungan pelajaran
1. Mengenali kata nama am yang terdapat
dalam petikan.
2. Mengetahui penggunaan kata nama am
dalam ayat.
B: Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir
1. Membina kata nama am berdasarkan nama
jenis-jenis pengangkutan dalam kumpulan.
C: Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
1. Memberikan kerjasama dan menjalankan
aktiviti secara aktif.
2. Menanamkan sikap yakin pada diri.
Kemahiran Bahasa : Kemahiran menulis, Kemahiran membaca,
Kemahiran mendengar dan
Kemahiran bertutur.
Sistem Bahasa : Tatabahasa : Kata nama am
Pengisian Kurikulum : Ilmu - Sivik
Nilai Murni : Berhati - hati, bekerjasama, patuh
pada arahan, memberi perhatian,
bertanggungjawab.
Kemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran Berfikir , Kecerdasan
Pelbagai, Kemahiran Belajar Cara
Belajar, Pembelajaran Inkuiri
Bahan Bantu Mengajar: Pita rakaman, Lembaran Kerja, Petikan.
Pengetahuan Sedia Ada: Murid mengetahui dan sudah diajar
tentang kata nama am.
Masa
|
Isi kandungan
|
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
|
Nota
| |
Aktiviti guru
|
Aktiviti murid
| |||
Permulaan
Set induksi
(3 minit)
|
Lagu ‘Bapaku Pulang dari Kota’.
|
Guru memperdengarkan rakaman lagu ‘Bapaku Pulang dari Kota’ dan meminta murid menyanyi bersama-sama.
Guru mengaitkan lagu dengan isi pelajaran.
|
Murid menyanyi bersama-sama.
|
Strategi
Penyoalan seluruh kelas
Sumber pengajaran:
Pita Rakaman
Nilai: Memberi perhatian
KBT:
Kemahiran Berfikir
|
Menstruktur semula
|
a)Membaca dan mencari kata nama am dalam petikan.
b) Bersoaljawab tentang petikan. |
Guru memperkenalkan konsep kata nama am dan fungsi penggunaannya kepada murid.
Guru menampalkan teks petikan yang bertajuk ‘Pengangkutan’ mengandungi kata nama am pada papan tulis.
Guru meminta murid membaca petikan dan mengenal pasti kata nama am yang terdapat dalam petikan itu.
Guru memilih beberapa orang murid untuk menggarisi kata nama am yang terdapat dalam teks.
|
Murid mendengar penerangan guru.
Murid mendengar arahan guru.
Murid membaca dan mencari kata nama am yang terdapat dalam petikan itu.
Murid yang terpilih menggarisi kata nama am yang terdapat dalam teks.
|
Strategi
Aktiviti Penerangan
Sumber pengajaran:
Petikan
(Lampiran 1)
Pen marker
Sikap saintifik
dan nilai murni:
Penglibatan aktif.
KBT: Belajar Cara Belajar
|
Aplikasi idea
(14 minit)
|
Membina kata nama am daripada nama-nama kenderaan.
Kapal terbang
1. epal
2. anak
helikopter
1. kopi
2. roket
Kapal selam
1. kala
2. kapal
Kereta Kebal
1. kabel
2. kera
|
1.Guru mengedarkan kertas mahjung kepada setiap kumpulan.
2. Guru meminta murid menyenaraikan seberapa banyak kata nama am yang dapat dibina daripada nama-nama kenderaan.
3. Guru meminta wakil kumpulan menampalkan kertas mahjung pada papan hitam dan membentangkan hasil kerja masing-masing.
Setiap kumpulan hendaklah menyiapkan dengan cepat dan tepat.
Selepas 10 minit,setiap kumpulan memaparkan jawapan kumpulannya lalu membuat semakan.
|
Menyiapkan tugasan yang diberi antara satu sama lain.
Menulis jawapan pada kertas mahjung yang disediakan.
Wakil murid memaparkan jawapan kumpulannya dan membuat semakan bersama- sama guru.
|
Strategi: Aktiviti inkuiri dalam kumpulan.
Sumber Pengajaran :
Kertas mahjung ,
pen marker.
|
Refleksi/
Penutup
(3 minit)
|
Pantun Teka-teki.
Latihan/kerja rumah |
Guru membaca pantun teka-teki dan meminta murid menjawab soalan pantun teka-teki yang berkaitan dengan kata nama am.
Guru mengedarkan lembaran kerja sebagai kerja rumah.
|
Murid mendengar dan menjawab soalan pantun teka-teki yang berkaitan dengan kata nama am.
Murid melakukan tugasan di rumah.
|
Strategi:
Bersoal jawab
Pantun teka-teki
(Lampiran 2)
Sumber pengajaran:
Kerja rumah (lampiran 3)
|
TAK SUKA pause JER
-Masa Itu Penting-

Mari Sembang
Tentang Saya
Popular Posts
-
Hai, murid-murid. Dalam gambar di atas terdapat lima benda yang tersembunyi iaitu: 1. Pensel 2. Pasu bunga 3. Gelas 4. Buah manggis 5. Bola...
-
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tarikh : 01.08.2011 Tahun ...
-
Laras Teknikal 1. Laras teknikal digunakan oleh para pakar untuk berkomunikasi dengan pakar lain yang sebidang. 2. Laras teknikal be...
-
........................ itu sedang merawat pesakit. ? Kerani ? Doktor ? Petani ? Guru Di dalam almari it...
-
Kata nama am View more presentations from suzighani .
-
Latihan 1 Bina ayat berdasarkan gambar yang diberi. 1. _________________________________________________ ___________________...
-
Kalau Tuan pergi ke kedai Belikan saya sebungkus kanji Kalau tuan bijak pandai Apa binatang keris di kaki? _____________________ ...
-
Buku, Itulah panggilan untukmu, Dalam tubuhmu tersimpan banyak khazanah, Dalam badanmu jua terkandung banyak azimat, Kau menjadi ruj...
-
Latihan 1 Suaikan kata nama am dengan gambar yang betul. 1. bunga ...
-
View more presentations from suzzeghani .
Pengikut Yang Setia
Dikuasakan oleh Blogger.