skip to main |
skip to sidebar
1. Pantun merupakan suatu ungkapan puisi Melayu yang disukai ramai.
2. Sejak kecil lagi anak-anak kita kerap didendangkan lagu-lagu
yang menggunakan pantun sebagai seni katanya.
3. Pantun menjadi popular bukan sahaja kerana unsur keindahan
bahasanya, malahan memainkan peranan sebagai wahana
pemikiran bernas dan perasaan yang halus.
4. Antara pantun yang kekal di sepanjang zaman ialah :-
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dbawa mati.
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
5. Aktiviti berpantun boleh digalakkan di sekolah rendah untuk
meningkatkan kemahiran berbahasa dan menajamkan pemikiran.
6. Di samping itu, berpantun boleh merapatkan kanak-kanak
dengan tradisi budaya bangsa.
ANGGUN BICARA UNGGUL BAHASA
Selasa, 11 Oktober 2011
MARI BERPANTUN

1 comments:
terbaik!!!
Catat Ulasan