Isnin, 21 November 2011

Mari Menyanyi Sambil Belajar "Bapaku Pulang Dari Kota"


   Pembelajaran Kata Nama Am daripada     
   lagu "Bapaku Pulang dari Kota". 
   Contoh Kata Nama Am yang terdapat  
   dalam lagu ialah bapa, kereta,   
   kota dan sekolah.  





Ahad, 20 November 2011

PENJODOH BILANGAN


View more presentations from suzzeghani.

Rancangan Pengajaran Harian



 

Rancangan Pengajaran Harian


Mata pelajaran                : Bahasa Melayu
Kelas                                 : Tahun 5 Kuning
Tarikh                               : 10 April 2011
Masa                                 : 9:15 pagi -10:15 pagi
Bilangan Murid                : 26 orang
Bidang pelajaran              : Penyu
Objektif pembelajaran    : Mengenali Jenis-jenis Penyu
                                              di Malaysia
Hasil Pembelajaran         : Di akhir sesi pembelajaran ini,
                                              murid dapat :
  1. Menguasai isi kandungan
  2. Membaca dan menyatakan maklumat tentang penyu dalam petikan dengan tepat.
  3. Menyatakan 4 jenis penyu yang terdapat di Malaysia.
  4. Membina kemahiran saintifik berfikir dan strategi berfikir
  5. Membina kata nama am berdasarkan nama jenis-jenis penyu dalam kumpulan.
  6. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
  7. Melibatkan diri secara aktif dalam menjalankan aktiviti.
  8. Menghargai masa dengan menjalankan aktiviti dengan pantas dan sentiasa menumpu kepada menjalankan aktiviti tersebut.
  9. Bahan, peralatan dan bahan sumber:Keratan gambar-gambar penyu ,kertas mahjong,kad                   perkataan, pen marker


Pengetahuan sedia ada:
Murid pernah melihat penyu di kaca televisyen atau dengan mata kasar sendiri.
Nilai     : bekerjasama, patuh pada arahan, memberi perhatian, menghormati, bertanggungjawab
KBKK : menjana idea, membuat kesimpulan, mengingat, memahami
Kemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran Berfikir , Kecerdasan Pelbagai,


Pelaksanaan P&P :


Langkah / Isi Pelajaran


Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan:

Aktiviti 3
-aplikasi idea
(15 minit)
  • Guru meminta murid-murid berbincang dalam kumpulan tentang aktiviti yang akan dijalankan.
  • Guru meminta setiap kumpulan membina kata nama am berdasarkan perkataan yang diberikan dalam kumpulan.
  • Guru menjalankan perbincangan dalam menyemak jawapan murid.
Nilai:

Bekerjasama
Patuh pada arahan

Penerangan Pelaksanaan P&P:
Masa
Pelaksanaan aktiviti
Minit 1-3
  • Guru meminta murid-murid berbincang dalam kumpulan.
  • Guru memberi arahan tentang aktiviti yang akan dijalankan.
Minit 4-10
  • Guru meminta setiap kumpulan membina kata nama am berdasarkan perkataan yang diberikan dalam kumpulan.
Contoh kata nama am yang dibina daripada nama-nama penyu ialah:
Penyu Agar - pagar , pena
Penyu Belimbing - pen ,pil
Penyu Karah - kera, kayu
Penyu Lipas – pasu, lipan
  • Murid membina kata nama am yang diberikan guru.
  • Guru memantau perbincangan yang dilakukan oleh murid supaya murid tidak bising dan melakukan kerja lain.
Minit 10-15
  • Guru menjalankan perbincangan dalam menyemak jawapan murid.
  • Guru memastikan murid benar-benar faham akan pengajaran yang disampaikan.

KATA KERJA

 1.    Kata kerja ialah perkataan yang
menunjukkan perbuatan


Contoh ayat:
                       



Aminah duduk di atas sofa .




         
        


Ah Meng sedang makan.




          
 Adik sedang melukis
di dalam biliknya.
                    

                                            
 Farida menyiram
 pokok bunga di
 halaman rumahnya.

Sabtu, 19 November 2011

KESANTUNAN BAHASA

1. Kesantunan bahasa bukanlah bermaksud
    menggunakan bentuk kata santun
    Yang Ikhlas, Yang Menurut Perintah
    dan sebagainya.


2. Kesantunan bahasa bermakna timbang
     rasa yang kita berikan kepada orang
     yang mendengar kita bercakap.


3. Kesantunan bahasa juga merujuk kepada
     sifat-sifat bahasa yang membolehkan 
     kita menolak permintaan seseorang 
     tanpa  mengecilkan
     hatinya.(Abdullah Hassan,1992)


4. Untuk mengetahui kesantunan bahasa,
     cara yang paling mudah adalah dengan
     mengetahui apa yang sebaliknya, iaitu
     kebiadaban berbahasa.


5. Antara bentuk kebiadaban berbahasa 
     ialah seperti berikut:
    
     a. Sindiran
          Ramai orang tidak suka menjadi penerima 
          sebarang bentuk  sindiran sama ada
          berbentuk terbuka mahupun lembut.
          Sesuatu sindiran akan menyebabkan
          seseorang berasa maruahnya tercabar.

     b. Kemarahan
          Nada kemarahan akan dijawab dengan
          kemarahan, walaupun nada itu kita cuba
          lindungi dengan kata-kata manis yang palsu.

      c. Penghinaan
           Penghinaan secara berterus-terang jarang
           berlaku tetapi penghinaan yang tidak
           sengaja begitu lumrah berlaku dewasa ini.

      d. Tuduhan
           Sering terjadi kenyataan sesuatu tuduhan
           yang tidak disertai dengan bukti yang
           kukuh.

Rabu, 9 November 2011

LARAS-LARAS BAHASA

Laras Teknikal

1. Laras teknikal digunakan oleh para pakar untuk
    berkomunikasi dengan pakar lain yang sebidang.
2. Laras teknikal bermakna semua jenis teks di
    dalam semua jenis bidang kepakaran sama ada
    bidang sains tulen, teknologi, sains pengurusan
    dan lain-lain bidang kepakaran.

Laras Undang-undang

1. Laras undang-undang ialah sejenis laras teknikal.
2. Laras undang-undang mempunyai ciri-ciri kelainannya
    tersendiri iaitu tidak mengandungi gambar, jadual,
    simbol dan sebagainya serta struktur ayatnya
    terdiri daripada prinsip undang-undang diikuti oleh
    syarat-syarat dan diakhiri oleh keputusan undang-
    undang.

Laras Agama

1. Laras agama bererti apa-apa teks yang diungkapkan
    menggunakan laras agama.
2. Ciri-ciri istimewa laras agama ialah:
    a. Terdapat istilah agama yang khusus bagi sesuatu
        agama.
    b. Banyak mengandungi bentuk cerita, kias dan ibarat.

Laras Kreatif

1. Laras kreatif digunakan di dalam teks kreatif bentuk prosa,
    puisi, pepatah dan peribahasa.
2. Ciri-ciri laras kreatif moden ialah:
    a. Struktur aktif dan pasif digunakan dengan sama
        banyaknya di dalam teks prosa.
    b. Terdapat bentuk dialog dengan banyaknya.
    c. Mengandungi bunga bahasa.

Laras Kanak-kanak

1. Laras kanak-kanak ialah ragam yang dituturkan oleh
    kanak-kanak dan laras yang digunakan untuk
    menghasilkan bahan bacaan atau pendengaran
    kanak-kanak.
2. Bahan bacaan seperti buku dan majalah untuk
    kanak-kanak, serta siaran radio dan televisyen
    untuk mereka menggunakan laras ini.

Laras Iklan

1. Laras iklan terdapat di dalam bentuk lisan dan tulisan.
2. Media iklan ialah bunyi, bahan cetak dan pita filem.
3. Fungsi utama laras iklan adalah untuk memperkenalkan
    dan menjual objek yang diiklankan.

Ahad, 6 November 2011

LARAS BAHASA


1. Laras bahasa atau ragam bahasa ialah
    ciri bahasa yang bersifat universal.
2. Ragam gaya penceritaan yang istimewa
    digunakan untuk sesuatu jenis bidang.
3. Ciri-ciri istimewa itulah yang membolehkan
    kita segera dapat menjangka apa yang
    menjadi topik atau tajuk utama sesuatu
    teks sebaik-baik kita membaca ayat pertama.
4. Setiap bahasa mempunyai jenis laras seperti
    berikut :-
    a. Laras Umum
    b. Laras Teknikal
    c. Laras Undang-undang
    d. Laras Agama
    e. Laras Klasik
    f. Laras Kreatif
    g. Laras Kanak-kanak
    h. Laras Iklan


Laras Umum

1. Laras ini digunakan untuk menerangkan sesuatu
    topik khas kepada pembaca atau pendengar
    yang bukan pakar dalam bidang tersebut.
2. Ciri-ciri laras umum:
    a. Tidak mengandungi istilah teknikal.
    b. Ayat yang menggunakan struktur mudah.
    c. Tidak menggunakan banyak perkataan pinjaman.
3. Laras umum digunakan di dalam semua jenis media
    massa seperti radio, televisyen, majalah, buletin dan
    seumpamanya.